Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) merupakan salah satu fakulti utama di UTHM. FKMP bermatlamat untuk menghasilkan dan melatih profesional yang bertanggungjawab, kompeten, kreatif dan inovatif dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan melalui program akademik kelas dunia. Fakulti kini disokong oleh 129 staf akademik aktif dan 52 kakitangan sokongan. Terdapat lima jabatan di fakulti dan setiap jabatan menawarkan pelbagai program akademik Ijazah Pertama dan Pasca Ijjazah, yang meliputi bidang Mekanik, Pembuatan, Bahan, Tenaga dan Aeronautik.

Semua program mendukung falsafah Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE) dan dengan itu telah mendapat akreditasi sepenuhnya oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Majlis Akreditasi Kejuruteraan (EAC). Juga, FKMP juga menawarkan dua program teknologi kejuruteraan aeronautik yang bukan sahaja mengurniakan Ijazah Sarjana Muda tetapi juga lesen juruterbang profesional dan lesen penyelenggaraan pesawat, yang diluluskan oleh Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM).

Pasti SKOR!

Anak-anak pelajar yang dikasihi,
Minggu ulang kaji kali ini percaturannya mungkin lebih mencabar kerana ianya bersama cuti hari raya. Kawal emosi, buat jadual dan rancanglah masa ulang kaji sebaiknya.

Gandakan usaha dan terus berdoa. Semoga Berjaya!

 

Selamat hari raya buat semua para pelajar, sahabat-sahabat alumni dan seluruh warga UTHM.

Maaf zahir & batin

Ikhlas daripada kami, warga HEPA UTHM:-)


"CONGRATULATIONS ON BEING THE BEST AMONG THE BEST!"

under construction

Majlis Anugerah Pelajar UTHM 2017/2018

(Students’ Award 2017/2018)

Majlis Anugerah Pelajar UTHM 2016/2017

(Students’ Award 2016/2017)


HUBUNGI KAMI

Alamat:

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,

86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Tel: +6074537700

Fax: +6074536080

WAKTU OPERASI

Ahad - Rabu

8.00 pagi - 5.00 petang

Khamis

8.00 pagi - 3.30 petang

*Jumaat & Sabtu cuti

 

Peta lokasi Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, UTHM.

002896
Today
Yesterday
This Week
This Month
All days
7
20
27
507
2896


Copyright © September 2018 HEPA FKMP. Hak Cipta Terpelihara.

PENAFIAN: Pihak FKMP tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau penyalahgunaan data yang diperoleh daripada laman ini.