Majlis Anugerah Pelajar 2016
(Students’ Award 2016)

 

Ahad, 14 Mei 2017 – Majlis Anugerah Pelajar 2016 (Students’ Award 2016) telah berlangsung di Dewan Sultan Ibrahim (DSI), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Anugerah ini dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UTHM sebagai tanda penghargaan atas penglibatan pelajar-pelajar dalam aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2016. Persatuan Pelajar Mekanikal (PPM), dengan kerjasama FKMP juga mengambil bahagian dalam pencalonan dalam 12 kategori. Alhamdulillah, PPM telah memenangi 6 kategori daripada 12 kategori yang dicalonkan.

 

 

Penerima Anugerah Pelajar UTHM 2016/2017

1. Anugerah Program (Akademik) Terbaik
(Best Academic Progam) : My FKMP Jr. 4.0
Director: Siti Solehah bt. Mohd Sabri

2. Anugerah Program (Rekreasi) Terbaik
(Best Recreational Program): Larian Amal Autisme (Autism Charity Run)
Director: Azrul Shafiq bin Mizan

3. Anugerah Program (Inovasi)Terbaik
(Best Innovation Program): SIED 2016
Director: Siti Munirah binti Kamazan

4. Anugerah Pemimpin Persatuan Terbaik
(Best Leader of Association)
Jacquelyne Anne Boudeville

5. Anugerah Pengarah Program Terbaik
(Best Program Director)
Teo Yen Bin (Autism: A Million Hope)

6. Anugerah Persatuan Terbaik
(Best Association)
Persatuan Pelajar Mekanikal

Tahniah di atas kemenangan yang dikecapi oleh Persatuan Pelajar Mekanikal untuk 2016. Kemenangan yang diterima akan menjadi inspirasi dan semangat untuk PPM-FKMP untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti yang menyumbang kepada fakulti dan pelajar pada masa akan datang. Semoga PPM terus menjadi yang terbaik pada masa akan datang!

043932
Today
Yesterday
This Week
This Month
All days
77
25
165
612
43932


Copyright © September 2018 HEPA FKMP. Hak Cipta Terpelihara.

PENAFIAN: Pihak FKMP tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau penyalahgunaan data yang diperoleh daripada laman ini.