Jawatankuasa Organisasi Pelajar bertanggungjawab untuk:
Menganjurkan Majlis Penyampaian Anugerah Sijil Dekan dan majlis-majlis anugerah pelajar peringkat Fakulti yang lain.
Menyelaras dan memantau aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh, Briged Pembuatan, Kelab Aero dan wakil Majlis Perwakilan Pelajar FKMP.
Menjadi penasihat kepada Persatuan Pelajar Mekanikal (PPM) dalam hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan kelab, perjalanan kelab, dan pelaksanaan program yang telah dirancang.
Membantu pelajar dalam organisasi pelaksanaan program/bengkel/seminar/kursus untuk meningkatkan kemahiran dan sahsiah pelajar.
Bekerjasama dengan JK Penasihatan Akademik dalam menyelaras aktiviti-aktiviti Organisasi PA.