Program ini diadakan bersama 8th MECHYFEST dimana melibatkan pelajar subjek Keusahawanan bagi kursus BDD dan BDJ. Setiap kumpulan dikehendaki untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan perniagaan masing-masing. Terdapat 5 kategori pertandingan yang dipertandingkan iaitu, Kategori Promosi Video Tiktok terbanyak Likes, Kategori Kreativiti Booth Terbaik, Kategori Khidmat Pelanggan Terbaik, Kategori Innovasi Produk Jualan Terbaik dan Kategori Pembentangan Produk Jualan Terbaik.