Jawatankuasa Latihan Industri bertanggungjawab untuk:
Menyelaras pendaftaran dan penempatan pelajar yang menjalani LI;
Menyelaras penyeliaan LI;
Menyelaras pentaksiran LI;
Menentukan dan menyediakan keperluan data berkaitan soal selidik dari pihak industri bagi tujuan akreditasi dan lain-lain;
Menyelaras lawatan industri bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang dunia sebenar alam pekerjaan agar mereka lebih memahami tanggungjawab sebagai seorang jurutera;
Merekod data syarikat yang terlibat dengan LI bagi tujuan peningkatan kebolehpasaran graduan.