Kesemua penyelaras di bawah sayap Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni FKMP bersama-sama pengurusan eksekutif fakulti telah menghadiri bengkel perancangan halatuju HEPA pada penghujung April yang lalu. Bengkel yang dirasmikan oleh Dekan FKMP, Prof Ts. Dr. Amir Khalid itu telah berjalan lancar dengan pembentangan bagi setiap penyelaras dengan skop pencapaian masing-masing. Majlis ditutup dengan sedikit jamuan ringan sempena sambutan hari raya Aidilfitri yang kebetulan jatuh pada masa tersebut. Sesi penggulungan telah disempurnakan oleh kesemua TD (AA), TD (HEPA) dan TD (PPP) yang berpuashati dengan pencapaian semasa dan berharap agar semua program melibatkan pelajar dan alumni terus mencapai sasaran SKTU yang ditetapkan.