Konvoi PPM X PGM
Program Dengan Menunggang Kita Meneroka: Konvoi Mahasiswa ke Bandar Tenggara telah dijalankan pada 25/5/2024 hari Sabtu. Program ini merupakan kerjasama diantara FKMP dan PPM dengan syarikat Prima Garage Motorsports, Parit Raja Bikers Club, Batu Pahat Bikers Club, Kluang Bikers Club dan Ahli Parlimen Tenggara. Program ini juga ditaja oleh Prima Garage Motorsports yang digunakan untuk menyediakan baju kepada peserta, token minyak dan barangan keperluan untuk konvoi yang berjumlah sebanyak RM4500. Program ini telah disertai oleh penunggang motorsikal yang terdiri daripada kalangan mahasiswa UTHM, pensyarah kanan, staf UTHM, orang awam dan rakan industri. Konvoi juga turut diikuti bersama dua kereta AJK, dan dua pacuan empat roda. Konvoi ini melibatkan penyertaan seramai 80 orang peserta. Konvoi ini dimulakan di Dataran Anggerik UTHM dan melalui perjalanan sejauh 82km ke Stadium Bandar Tenggara. Konvoi ini juga turut diketuai oleh Yang Berbahagia Prof Sr. Ts. Dr. Lokman Hakim bin Ismail, Timbalan Naib Canselor HEPA. Pelbagai aktiviti dijalankan di Stadium tersebut seperti, pameran motorsikal berkuasa tinggi dari industri KTM, Mitsubishi dan GASGAS, program Jom Servis X Mahasiswa UTHM, aktiviti uji cuba motorcross GASGAS di litar sebenar, pertandingan Tenggara Menjerit (pertandingan bunyi ekzos kreatif), pertandingan Motor cantik dan kreatif, cabutan bertuah, dan jualan rakyat. Program ini juga telah dirasmikan oleh yang berbahagia Dr hj muhd naqib bin hj ghazali, ketua pemuda umno bahagian Tenggara merangkap sebagai COO UKM dan juga wakil ahli parlimen Tenggara. Perjalanan konvoi yang bermula pada jam 7 pagi ini diakhiri pada jam 7.00 petang.
Tempat: UTHM , Stadium Bandar Tenggara.
Gambar Poster Program
Peserta mahasiswa berada di Petron Bukit Tongkat
Pertandingan Motor kreatif dan Tenggara Menjerit
Cabutan bertuah
AJK Program dari PPM