PROGRAM LAWATAN PENDEDAHAN INDUSTRI KE SYARIKAT JUN CHONG SDN. BHD.
Program ini merupakan aktiviti lawatan industri ke SYARIKAT JUN CHONG SDN. BHD. pada tarikh 27 Mei 2024 (9.00 pagi hingga 4.00 petang) untuk memenuhi keperluan kursus BDJ 31003 (Plant Engineering & Quality Management) bagi menyelesaikan projek berasaskan keadaan sebenar di industri serta dapat mengaplikasikan teori yang dipelajari di dalam kelas. Syarikat Jun Chong Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat pengeluar alat penyembur yang dikenali sebagai ‘Cross Mark’ bagi keperluan utama yang digunakan dalam sektor pertanian. Bukan sahaja alat penyembur, syarikat ini menghasilkan set lengkap alat tersebut secara keseluruhannya termasuklah alat penyambung, nozel dan sebagainya. Pelajar secara tidak langsung dapat pendedahan lengkap mengenai proses pembuatan produk dan mengambil peluang juga untuk mengetahui masalah yang biasa dihadapi oleh pihak industri. Melalui pelaksanaan program ini, pelajar tidak hanya diberikan kesempatan untuk menyaksikan, tetapi juga untuk memahami secara langsung bagaimana konsep kejuruteraan pembuatan dan pengurusan kualiti dipraktikkan di indusri yang mereka lawati.
Seramai 16 orang pelajar yang terlibat dan tiga orang staf pengiring iaitu Dr. Nor Mazlana Main, Dr. Rais Hanizam Madon dan Encik Bohari Ismanqun. Kesimpulannya, program ini telah berjaya mencapai objektifnya dan pelajar bakal menghantar laporan projek mengikut kumpulan kelas beserta pada minggu ke-13 kuliah.
- Masa: 9.00 am hingga 4:00 pm
- Hari : Isnin
Sesi pengenalan syarikat dan produk oleh engineer syarikat iaitu En. Izuan
Sesi lawatan kilang
Engineer menerangkan proses pembuatan yang sedang dijalankan oleh operator
Proses ujian kebocoran tong ‘cross mark’
Gambar di Kilang 1
Gambar di Kilang 2
Pemberian cenderahati dari pihak UTHM untuk syarikat