Aspire, Achieve, Advance: The Mentorship Journey
Aspire, Achieve, Advance: The Alumni Mentorship Journey ini dapat dilaksanakan dengan lancar dalam satu hari dan mengikut waktu yang dinyatakan dalam atur cara program. Program ini dapat menjadi platform perkongsian antara alumni FKMP bersama pelajar-pelajar dalam menyokong pembangunan holistik. Program ini juga memperoleh penyertaan seramai 35 orang mahasiswa/i dari Persatuan Pelajar Mekanikal (PPM) dan menerima maklum balas yang sangat memuaskan. Selain itu, semua ahli jawatankuasa dan peserta program memberi kerjasama yang baik sepanjang program ini. Penceramah jemputan, Professor Dato' Ts. Dr Ahmad Mujahid Ahmad Zaidi, Ir. Ts. Al'Azharino Bin Ahmad dan Ts. Mohd Farizzal Bin Dolah Muhammad, memberi pendedahan yang jelas mengenai kepentingan pembangunan kemahiran dan pembinaan rangkaian profesional. Sepanjang program, para mahasiswa/i juga turut berkesempatan untuk mengajukan pelbagai soalan yang berkaitan dan pengalaman panel dalam bidang kejuruteraan. Secara keseluruhan, kesemua objektif penganjuran program ini telah tercapai dan dapat memberikan impak yang berfaedah kepada para mahasiswa/i. Mahasiswa/i telah mendapat gambaran awal mengenai cabaran utama yang akan dihadapi sewaktu alam pekerjaan kelak. Dalam pada masa yang sama, pengetahuan yang disampaikan dapat meningkatkan nilai kebolehpasaran graduan dalam diri mahasiswa/i.
Tempat: Blok QB, FKEE
Poster Program
Sarapan pagi sebelum program bermula
Barisan panel alumni-alumni jemputan
Sesi 1: Forum bersama alumni-alumni
Sesi 2: Sesi mentorship bersama Professor Dato' Ts. Dr Ahmad Mujahid Ahmad Zaidi
Sesi 2: Sesi mentorship bersama Ts. Mohd Farizzal Bin Dolah Muhammad
Sesi 2: Sesi mentorship bersama Ir. Ts. Al'Azharino Bin Ahmad
Sesi penyampaian cenderamata alumni 1: Prof. Dato’ Ahmad Mujahid Ahmad Zaidi
Sesi penyampaian cenderamata alumni 2: Ir. Ts. Al'Azharino Bin Ahmad
Sesi penyampaian cenderamata alumni 3: Ts. Mohd Farizzal Bin Dolah Muhammad
Sesi bergambar di akhir program