MALAYSIA AEROSPACE SUMMIT 2023
Program ini merupakan program tahunan daripada Kelab Aeronautik UTHM sebagai medium untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan industri aeronautik dan aeroangkasa di Malaysia. Program ini melibatkan pelajar tahun dua dan tahun tiga program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Teknologi Aeroautik (Penerbangan Professional) dan program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Teknologi Aeroautik (Penyelenggaraan Pesawat). Selain itu, program ini juga disertai pelajar daripada program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Pembuatan Pesawat) dan turut disertai pensyarah penasihat Ir. Dr. Ahmad Hamdan Bin Ariffin. Antara aktiviti yang berlangsung pada hari tersebut adalah sesi symposium bersama pihak industri di Malaysia. Turut berlangsung pameran kerjaya yang dianjurkan oleh MYFutureJobs dimana pelbagai syarikat membuka ruang interview secara bersemuka.
Rajah 1 : Sesi bergambar di akhir program
Rajah 2 : Pelajar BDX sedang mendengar sesi perkongsian dari industri
Rajah 3 : Pelajar BDC dan BDM sedang mendengar sesi forum yang berlangsung