Industrial Talk: Overview and Journey of Mechanical Engineer in Oil and Gas Industry
Sesi perkongsian mengenai peranan dan skop tugas Jururtera Mekanikal dalam bidang carigali minyak telah disampaikan oleh 2 orang jurutera profesional dari Petronas Berhad iaitu Ir Shahzulreza bin Saiful dan En Muzzahhir bin M Hadzir. Program ini diadakan secara hibrid iaitu secara bersemuka di Dewan Al-Jazari, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM dan disiarkan secara lansung di YouTube UTHM TV. Seramai 60 peserta iaitu pelajar tahun 4 yang mengikuti kursus elektif Pengurusan Risiko dan Projek Dalam Industri Minyak dan Gas telah mengikuti program ini secara bersemuka, manakala peserta-peserta lain turut dijemput untuk menyertai program ini secara atas talian.
Setelah bercerita mengenai peranan dan cabaran Jurutera Mekanikal dalam bidang O&G, kedua-dua penceramah telah berjaya membuka banyak persoalan pelajar tentang bidang yang dianggap masih baru bagi mereka. Sesi soal-jawab pada akhir sesi ceramah telah mendapat sambutan hangat daripada para peserta. Sesungguhnya, program ini banyak memberi info berguna dan membuka minda mereka.