Pelancaran dan Perasmian EngInE’s Incubator dan EngInE’s Street @ FKMP
Majlis pelancaran dan perasmian EngInE’s Incubator dan EngInE’s Street @ FKMP telah berlangsung pada hari Ahad (11 Jun 2023). Perasmian disempurnakan oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan Prof. Ts. Dr. Amir Khalid diiringi Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa Prof. Madya Ts. Dr. Muhd Hafeez Zainulabidin dan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Rasidi Ibrahim bertempat di Kompleks Teknologi Blok G2, Univeriti Tun Hussein Onn Malaysia. Turut hadir sebagai tetamu dalam majlis ini adalah Pengarah Pusat Teknousahawan Universiti (PTU) iaitu Dr. Nasuha Sa’ude memberi galakan dan dorongan kepada FKMP untuk menggalakkan lagi perniagaan pelajar di fakulti. Kiosk-kiosk di EngInE’s Street yang telah beroperasi adalah makanan dan minuman siswa, kuih-muih dan kerepek, air balang dan juga makanan panas ringkas seperti mee segera.