Majlis Flag Off Mobility Luar Negara UTHM - Sapporo
Satu majlis Flag Off Mobiliti Luar Negara UTHM – Sapporo telah diadakan di pejabat Canselori dan Kompleks Teknologi FKMP, G2 bagi meraikan keberangkatan 13 orang pelajar FKMP bersama 2 orang pengiring bagi menjalani program mobiliti berkredit ke Sapporo Jepun. Majlis disempurnakan oleh TNC HEPA Prof Sr. Ts Dr Lokman Hakim bin Hj Ismail bersama barisan kepimpinan eksekutif FKMP yang diketuai oleh Dekan FKMP, Prof Dr Amir bin Khalid. Program mobility ini akan berlangsung selama 10 hari yang bemula dari 7 hingga 17 Jun 2023 akan memberi pengalaman berbeza kepada pelajar dari segi budaya masyarakat Jepun, pemindahan ilmu, perkongsian kepakaran melalui pelbagai siri pengisian yang padat dan menarik seperti persidangan, lawatan ilmiah dan sebagainya.