Program Lawatan Pendedahan Industri ke DELIMA OIL PRODUCT SDN BHD.
Program ini merupakan aktiviti lawatan industri ke DELIMA OIL PRODUCT SDN. BHD., Pasir Gudang, Johor, bertarikh 6 dan 9 Jun 2023 bagi memenuhi keperluan kursus Plant Engineering & Quality Management (BDJ31003) untuk menyelesaikan projek berasaskan masalah industri serta dapat mengaplikasikan pembelajaran secara teori di dalam kelas. Pelajar juga akan memperoleh pengetahuan keseluruhannya mengenai loji pemprosesan, aplikasinya serta kawalan kualiti produk yang dilakukan secara terperinci di syarikat tersebut sebelum produk yang dihasilkan menembusi pasaran dalam dan luar negara. Selain itu juga, pelajar berpeluang untuk mempelajari secara langsung proses penghasilan minyak masak, margerin dan pelbagai produk makanan yang berasaskan minyak kelapa sawit khususnya. Lawatan ini dibahagikn kepada dua kumpulan disebabkan syarikat tidak dapat menampung lawatan seramai 40 orang mahasiswa bersama 4 orang staf FKMP sekaligus. Oleh yang demikian, lawatan berlangsung pada tarikh dan hari yang berbeza dengan peserta yang berbeza.
Rajah 1: Lawatan 6 Jun 2023
Rajah 1: Lawatan 9 Jun 2023
Rajah 3: Pemberian cenderahati UTHM kepada pihak syarikat