Aspire, Achieve, Advance: The Alumni Mentorship Journey
Program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dalam satu hari dan mengikut waktu yang dinyatakan dalam atur cara program. Program ini dapat menjadi platform perkongsian antara alumni FKMP bersama pelajar-pelajar dalam menyokong pembangunan holistik. Program ini juga memperoleh penyertaan seramai 35 orang mahasiswa/i dari Persatuan Pelajar Mekanikal (PPM) dan menerima maklum balas yang sangat memuaskan. Selain itu, semua ahli jawatankuasa dan peserta program memberi kerjasama yang baik sepanjang program ini. Penceramah jemputan, Professor Dato' Ts. Dr Ahmad Mujahid Ahmad Zaidi, Ir. Ts. Al'Azharino Bin Ahmad dan Ts. Mohd Farizzal Bin Dolah Muhammad, memberi pendedahan yang jelas mengenai kepentingan pembangunan kemahiran dan pembinaan rangkaian profesional. Sepanjang program, para mahasiswa/i juga turut berkesempatan untuk mengajukan pelbagai soalan yang berkaitan dan pengalaman panel dalam bidang kejuruteraan. Secara keseluruhan, kesemua objektif penganjuran program ini telah tercapai dan dapat memberikan impak yang berfaedah kepada para mahasiswa/i. Mahasiswa/i telah mendapat gambaran awal mengenai cabaran utama yang akan dihadapi sewaktu alam pekerjaan kelak. Dalam pada masa yang sama, pengetahuan yang disampaikan dapat meningkatkan nilai kebolehpasaran graduan dalam diri mahasiswa/i.
Poster Hebahan Program
Barisan panel alumni jemputan
Forum bersama alumni
Sesi mentorship bersama Professor Dato' Ts. Dr Ahmad Mujahid Ahmad Zaidi
Sesi mentorship bersama Ts. Mohd Farizzal
Sesi mentorship bersama Ir. Ts. Al'Azharino
Sesi penyampaian cenderamata alumni 1: Prof. Dato’ Ahmad Mujahid
Sesi penyampaian cenderamata alumni 2: Ir. Ts. Al'Azharino
Sesi penyampaian cenderamata alumni 3: Ts. Mohd Farizzal
Sesi bergambar diakhir program