Industrial Talk: Akta dan Jurutera-Isu dan Cabaran Pelaksanaan
Sesi perkongsian mengenai Akta dan Jurutera telah disampaikan oleh alumni FKMP iaitu Ir Mohamed Hakim bin Ahmad, graduan FKMP, UTHM tahun 2015. Beliau merupakan Professional Engineer Performance and Realibility di Syarikat Pendinginan Megajana Sdn Bhd. Program ini diadakan secara hibrid iaitu secara bersemuka di Dewan Al-Jazari, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM dan disiarkan secara lansung di YouTube UTHM TV. Seramai 60 peserta iaitu pelajar tahun 3 yang mengikuti kursus Jurutera dan Masyarakat telah mengikuti program ini secara bersemuka, manakala peserta-peserta lain turut dijemput untuk menyertai program ini secara atas talian.
Selain bercerita mengenai Akta dan Jurutera serta cabaran-cabarannya, Ir Mohamed Hakim juga memberi motivasi serta tips kepada para peserta untuk mohon dan menjadi seorang ‘Professional Engineer’ setelah menempuh alam pekerjaan nanti. Sesi soal-jawab pada akhir sesi ceramah telah mendapat sambutan hangat daripada para peserta. Sesungguhnya, program ini banyak memberi info berguna dan membuka minda mereka.
- Tempat: Dewan Al-Jazari, PTTA, UTHM dan disiarkan secara langsung di YouTube UTHM TV
- Masa: 10 pagi hingga 12 tengahari
Anda boleh menonton siaran langsung di YouTube.