Skip to main content

Aktiviti KG

LAPORAN AKTIVITI BULANAN JAWATANKUASA KEBOLEHPASARAN GRADUAN

2023

PENGENDALI

Ts. Dr. MUHAMMAD FAISAL BIN MAHMOD

 

No

Tarikh

Tempat

Jumlah peserta

Aktiviti

Perincian

1.

26 Februari 2023

Dijalankan secara atas talian

155 Pelajar FKMP

KURSUS ‘OIL AND GAS SAFETY PASSPORT’ (OGSP) 2023

Pada 12 Februari mendapat sumbangan dan tajaan dari NIOSH sebanyak RM32, 860 untuk kursus kompetensi OGSP. kursus ‘Oil and Gas Safety Passport’ (OGSP) anjuran National Institute of Safety and Health (Niosh) melibatkan melibatkan seramai 155 orang pelajar UTHM. Kursus yang dijalankan secara atas talian dan mendapat tajaan penuh dari Kementerian Sumber Manusia Malaysia ini dijalankan secara atas talian dan melibatkan pelajar dari pelbagai fakulti termasuk dari FKMP, FTK, FKAAB, FKEE, FPTV, FPTP dan FSKTM. Kursus ini turut dibantu oleh Persatuan Pelajar Mekanikal dan HEPA FKMP dibawah seliaan Ts. Dr. Muhammad Faisal bin Mahmod bersama Exco Kebolehpasaran Graduan (GE) PPM.

 

 

2.

12 Mac 2023

Ruang legar blok Pentadbiran FKMP

 

Sesi serahan kad Oil and Gas Safety Passport (OGSP) oleh wakil NIOSH kepada wakil fakulti utuk serahan kepada peserta kursus.

Pada 12 Mac 2023 sekitar jam 11.30 pagi bertempat di ruang legar blok Pentadbiran FKMP telah diadakan satu majlis ringkas serahan kad OGSP oleh wakil Niosh cawangan Senai, Johor iaitu untuk serahan kepada pelajar yang telah berjaya mengikuti kursus Oil and Gas Safety Passport (OGSP) dengan jayanya. Kursus yang telah mendapat tajaan penuh dari Kementerian Sumber Manusia ini dilaksanakan secara atas talian secara berperingkat melibatkan 5 kumpulan pelajar. Tahniah kepada para peserta yang berjaya mendapat passport OGSP dan selamat maju jaya.

 

 

3.

21 Mac 2023

UTHM

192 pelajar

Dapatan senarai kursus kompetensi pelajar FKMP tahun 2022

Pada 21 Mac 2021 yang lalu, suatu gerak kerja bagi merancang aktiviti kompetensi pelajar dibawah unit GEgka data kursus merujuk kepada data yang telah dikongsi oleh Pusat Pembangunan Pelajar, UTHM melalui Jabatan Inovasi dan Kompetensi Pelajar, didapati sebanyak 6 kursus didaftarkan sepanjang tahun 2022 yang lalu melibatkan penyertaan seramai 192 orang pelajar. Kursus ini adalah seperti berikut:
 
(i)  Solidwork certificate training = 60 peserta

(ii) Introduction to Building Information Modelling (BIM) anjuran FKAAB = 3 peserta.

(iii) Drone The Enemy of Eagle anjuran STC = 3 peserta

(iv) Intermediate STAAD. Pro Workshop anjuran SIEM Student Chapter = 5 peserta

(v) Peneraju Tunas BRIDGE KARISMA IPT anjuran Yayasan Peneraju = 1 peserta

(vi) Pensijilan Profesional BIM = 120 peserta

 

 4. 

13 Disember 2022

Auditorium Al-Jazari (Aras 3), Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM

93 pelajar

NDT Talk Series

 

Pada 13 Disember 2022 yang lalu, Pusat Industri CENDTEC dengan Kerjasama HEPA, FKMP telah mengadakan Program NDT Talk Series yang berlangsung di Auditorium Al-Jazari (Aras 3), Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM. Program yang berteraskan aktiviti bagi kursus elektif ‘Applied NDT’ (BDC41203) telah berjaya menarik kehadiran seramai 93 orang pelajar FKMP. Seramai dua orang penceramah jemputan terlibat didalam program ini iaitu Encik Mohd Alamin Pardi juga merupakan Pengarah Eksekutif Syarikat Epic Aero Sdn. Bhd. & EAG Consultancy dan Encik Jeffry bin Jamil yang merupakan NDT Technical dan Pengurus Latihan di Syarikat Altec Engineering & Supply Sdn. Bhd. Secara keseluruhannya, Program ini telah berjaya memberi pendedahan secara teori an praktikal kepada pelajar kursus elektif ‘Applied NDT’(BDC 41203) dan pelajar FKMP lain yang turut berminat menceburi bidang kerjaya melibatkan teknik  ujian tanpa musnah.