Perbincangan Team Propeg Dr. Fazimah dan Dr. Aslinda bersama wakil pelajar Muhamad zahin bin jamsari Travelog Kopi dalam projek perintis keusahawanan di EngInE’s Street.
Kumpulan pelajar yang diketuai oleh Muhamad zahin bin jamsari menjalankan perniagaan menyediakan minuman berasaskan kopi yang berperisa buah-buahan dan juga minuman teh yang berperisa. Projek perintis ini akan beroperasi di EngInE’s Street. Perniaagaan secara tempah dan hantar telah bermula di FKMP dan operasi secara fizikal dijangka akan dimulakan pada bermula semester Sem 1 2024/2025 yang akan datang.