Skip to main content

TAKLIMAT PERTAMA LATIHAN INDUSTRI PELAJAR SEM III 2023/2024 (Bil. 1/2024)

Taklimat Latihan Industri Pelajar (TLIP) telah diadakan pada 8 Februari 2024 secara talian menggunakan platform Zoom. Taklimat ini telah dikendalikan oleh Jawatankuasa Latihan Industri Pelajar Fakulti (JLIPF) dan disampaikan oleh Dr. S Kanna Subramaniyan, selaku Penyelaras JLIPF. Taklimat pertama Latihan Industri (LI) ini disasarkan kepada pelajar FKMP tahun 3 yang akan menjalani LI pada Sesi 2023/2024 bagi Semester 3 mulai bulan Julai 2024. Pelajar-pelajar dari tiga jenis program akademik iaitu BDD, BDC dan BDJ telah menghadiri ke taklimat ini. Tempoh LI bagi program BDD dan BDC adalah selama 10 minggu yang akan bermula pada 22 Julai dan tamat pada 27 September 2024. Manakala, tempoh LI bagi program BDJ adalah selama 24 minggu iaitu mulai dari 22 Julai 2024 sehingga 03 Januari 2025. Seramai 302 orang pelajar FKMP telah menyertai ke taklimat pertama LI untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan LI di fakulti.

8 Februari 2024