Skip to main content

Peringatan

  • Anda diawasi oleh beratus kamera litar tutup (cctv) di dalam kampus.
  • Anda boleh dikenakan denda sebanyak RM20.00 bagi Kesalahan Meletakkan Kenderaan.
  • Pelajar tahun pertama tidak dibenarkan menggunakan kenderaan di dalam kampus.
  • Warga kampus yang menggunakan kenderaaan persendirian di dalam kampus adalah wajib didaftarkan di Bahagian Keselamatan dengan kadar bayaran RM2.00 untuk satu Pelekat Kenderaan Universiti.

SOALAN LAZIM »

1. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya berlaku kehilangan hartabenda?

Lapor segera kepada Bahagian Keselamatan yang beroperasi 24 jam di talian 07-4537146.

Sekiranya berlaku kehilangan di kolej kediaman, hubungi Pengetua atau Felo.

2. Anda atau rakan anda terlibat kemalangan di dalam makmal?

Bawa rakan anda segera ke Pusat Rawatan Universiti atau menghubungi talian 07-4537146 untuk bantuan.
Lapor kejadian di Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Bahagian Keselamatan di talian 07-4537143.

3. Motosikal dirantai atau kereta anda dikunci roda?

Sila berurusan Seksyen Lalulintas, Bahagian Keselamatan atau hubungi 07-4537144 kerana anda telah melakukan Kesalahan Meletakkan Kenderaan.

4. Sekiaranya saya dikenakan denda lalulintas, boleh saya membuat rayuan?

Ya boleh. Permohonan rayuan boleh dikemukakan dalam tempoh 7 hari dari tarikh dendaan dikeluarkan di Pejabat Bahagian Keselamatan.

5. Apa yang perlu dilakukan sekiranya anda atau melihat rakan anda sakit?

Segera bawa ke Pusat Rawatan Universiti atau hubungi Pengetua, Felo atau Pembantu Felo anda untuk bantuan.

6. Arahan mewajibkan pemakaian vest keselamatan bagi penunggang motosikal dan berbasikal pada waktu bila?

Pemakaian Vest Keselamatan diwajibkan bermula jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi.

7. Siapakah yang boleh dihubungi sekiranya berlaku kecemasan atau anda terlihat kejadian jenayah?

Hubungi Balai Pengawal yang beroperasi 24 jam di talian 07-4537146.