Skip to main content

Aktiviti PAK

 

LAPORAN AKTIVITI BULANAN JAWATANKUASA PENASIHATAN AKADEMIK DAN KERJAYA (PAK)

2023

PENGENDALI

DR RAUDHAH BINTI OTHMAN @ MUSTAFA

 

Bil.

Tarikh

Tempat

Jumlah peserta

Aktiviti

Perincian

1.

10/10/2022

Dataran Terbuka

 

SESI BERSAMA PENASIHAT AKADEMIK DAN KERJAYA SEMPENA MINGGU HALUAN SISWA SEMESTER I SESI 2022/2023

Bersempena Minggu Haluan Siswa semester 1 sesi 2022/2023, satu sesi bersama Penasihat Akademik dan Kerjaya (PAK) telah diadakan di dewan terbuka UTHM. Sesi ini telah diadakan bermula 0950 sehingga 1030. Tujuan sesi ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada PAK dan juga pelajar-pelajar tentang peranan PAK sepanjang pelajar berada di UTHM terutamanya. Pelajar telah dimaklumkan bahawa sistem PAK yang dilaksanakan ini bertujuan sebagai medium komunikasi antara pelajar dan juga PAK. Pelajar juga dimaklumkan bahawa mereka boleh mendapatkan bimbingan terutama dari segi akademik melalui sistem PAK ini. Di samping itu, khidmat nasihat dan bimbingan berkaitan kebajikan, sosial dan disiplin juga boleh diperoleh demi untuk meningkatkan kecemerlangan akdemik dan sahsiah pelajar-pelajar.

 

Setelah taklimat mengenai peranan PAK disampaikan, pelajar menyertai sesi bersama PAK masing-masing (yang telah dibahagikan mengikut kumpulan sebelum sesi bermula). Seramai 221 orang pelajar yang mendaftar dan telah dibahagikan kepada 12 orang PAK. Pelajar dibahagikan mengikut program yang diikuti di UTHM. Semasa sesi ini, PAK telah memberikan sedikit panduan dan nasihat bagaimana untuk mereka memulakan pengajian di UTHM. Bermula dengan sedikit penerangan ringkas tentang pendaftaran subjek, kata-kata semangat untuk memulan pengajian di UTHM dan sebagainya yang berkaitan.

 

 

2.

 5/10/2022     SESI TAKLIMAT BERSAMA PENASIHAT AKADEMIK DAN KERJAYA SEMPENA MINGGU HALUAN SISWA BAGI  SEMESTER I SESI 2022/2023   

Satu sesi bersama Penasihat Akademik dan Kerjaya (PAK) telah diadakan di platform googlemeet. Sesi ini telah diadakan bermula 0950 sehingga 1030. Tujuan sesi ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada PAK tentang peranan PAK sepanjang pelajar berada di UTHM terutamanya. PAK dimaklumkan juga bahawa sistem PAK yang dilaksanakan ini bertujuan sebagai medium komunikasi antara pelajar dan juga PAK.

 

3.

1/11/2022      SESI TAKLIMAT BERSAMA PENASIHAT AKADEMIK DAN KERJAYA SEMPENA MINGGU HALUAN SISWA BAGI (PELAJAR RAYUAN) SEMESTER I SESI 2022/2023   

Setelah taklimat mengenai peranan PAK disampaikan, pelajar menyertai sesi bersama PAK masing-masing (yang telah dibahagikan mengikut kumpulan sebelum sesi bermula). Seramai 100 orang pelajar yang mendaftar dan telah dibahagikan kepada 5 orang PAK. Pelajar dibahagikan mengikut program yang diikuti di UTHM. Semasa sesi ini, PAK telah memberikan sedikit panduan dan nasihat bagaimana untuk mereka memulakan pengajian di UTHM. Bermula dengan sedikit penerangan ringkas tentang pendaftaran subjek, kata-kata semangat untuk memulan pengajian di UTHM dan sebagainya yang berkaitan

4.

19/3/2023     

Sesi Pertemuan Pengurusan Tertinggi dan Penasihat Akademik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan sempena MHS Minggu Haluan Siswa Semester II Sesi 2022/2023

 
 

Pertemuan yang berlangsung selama 2 jam bermula dengan sesi bersama Dekan FKMP, Prof Ts Dr Amir bin Khalid bermula pada 9 pagi sehingga 10 pagi. Majlis kemudian diteruskan dengan taklimat oleh Timbalan Dekan HEPA FKMP, PM Ts Dr Mohd Rasidi bin Ibrahim menerangkan struktur HEPA FKMP. Kemudian Penyelaras PAK FKMP, Dr Raudhah binti Othman menerangkan tentang peranan PAK kepada pelajar baru dan PAK yang baru dilantik. Sesi diteruskan dengan taklimat oleh Penyelaras Kebajikan Pelajar FKMP, Tn Hj Khalil bin Abd Rahim, menerangkan 14 produk kebajikan yang disediakan oleh pihak universiti/fakulti kepada pelajar. Seramai 10 orang pelajar lepasan diploma yang telah mendaftar sebagai pelajar FKMP pada sesi ini, mengikuti program BDD, BDC dan BDJ. Sesi berakhir pada pukul 11 pagi.