Skip to main content

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR UTHM 2017/2018
(STUDENTS'S AWARD 2017/2018)

 

19 Disember 2018 - Majlis Anugerah Pelajar (MAP) UTHM Sesi 2017/2018 telah diadakan bertempat di Dewan Sultan Ibrahim (DSI) UTHM. Program yang dianjurkan oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) serta kerjasama bersama Persatuan dan Kelab Pelajar UTHM, Majlis Kepimpinan Kolej Kediaman, serta PTJ di bawah HEP telah berlangsung dengan jayanya. Persatuan Pelajar Mekanikal (PPM) telah menghantar beberapa pencalonan dan berjaya mendapatkan beberapa Anugerah dalam MAP. 

 

Penerima Anugerah Pelajar UTHM 2017/2018

1. Anugerah Program Sains, Teknologi dan Inovasi Terbaik 
RERO ROBOT

2. Anugerah Pemimpin Program Sukan Terbaik 
Khairul Firdaus Talib

(Persiapan ke Everest Base Camp)

3. Anugerah Khas Timbalan Naib Canselor HEPA
Mifzal Nazhan Mazlan

(Semarak Biru Peringkat Negeri Johor Darul Takzim)

4. Anugerah Program Terbaik (Latihan & Kepimpinan)
Kelab Aeronautik UTHM

 

Tahniah di atas kemenangan yang dikecapi oleh Persatuan Pelajar Mekanikal dan Kelab Aeronautik UTHM untuk 2018. Kemenangan yang diterima akan menjadi inspirasi dan semangat untuk PPM dan organisasi pelajar yang lain untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti yang menyumbang kepada fakulti dan pelajar pada masa akan datang. Semoga FKMP terus menjadi yang terbaik pada masa akan datang!