Skip to main content

organisasi pelajar

Jawatankuasa Organisasi Pelajar bertanggungjawab untuk:

·        Menganjurkan Majlis Penyampaian Anugerah Sijil Dekan dan majlis-majlis pelajar di peringkat fakulti yang lain seperti Majlis Penyerahan Tugas Jawatankuasa, Majlis Suaikenal dan Apresiasi Jawatankuasa organisasi pelajar.

·        Menyelaras dan memantau aktiviti-aktiviti yang dianjujrkan oleh Persatuan Pelajar Mekanikal (PPM), Kelab Aeronautik, Persatuan Pelajar Pasca Siswazah Mekanikal (MEPA) dan wakil Majlis Perwakilan Pelajar FKMP.

·        Mewujudkan takwim aktivti PPM serta memastikan keterlibatan bersama Kelab Aeronautik dan MEPA dalam menjalankanprogram dan aktivti pelajar.

·        Menjadi penasihat kepada Persatuan Pelajar Mekanikal (PPM) dalam hal-hal berkaitan dengan pengurusan kelab, perjalana kelab dan perlaksanaan program yang telah dirancang.

·        Membantu pelajar dalam organisasi pelaksanaan program/bengkel/seminar/kursus untuk meningkatkan kemahiran dan sahsiah pelajar.

·        Mengadakan mesyuarat secara berkala bersama PPM bagi tujuan pemantauan penghantaran kertas kerja dan perlaksanaan program.

·        Bekerjasama dengan Jawatankuasa lain di bawah pengurusan HEPA FKMP bagi  menyelaras aktiviti dan menganalisis data penglibatan pelajar dalam aktiviti.

·        Memastikan tugas-tugas yang dijalankan selari dengan KPI fakulti khususnya dan universiti amnya.