Skip to main content

Program MECHANOVATION & ENTERPRENURSHIP DAY 2023 telah dianjurkan oleh Hal Ehwal pelajar dan Alumni (HEPA), Jawatankuasa Inkubator Keusahawanan Pelajar, Persatuan Pelajar Mekanikal dan Penyelaras Kursus Rekabentuk Kejuruteraan Bersepadu (BDA40804), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, UTHM, pada 25 Jan 2023 bermula jam 8.00 pagi hingga 5 petang. Program ini telah disertai oleh 171 kumpulan pelajar yang terdiri daripada 5 orang bagi setiap kumpulan dalam program Symposium of Integrated Engineering Design (SIED 2023).

Program ini telah dirasmikan oleh yang berbahagia Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Bukhari Bin Manshoor, Dekan FKMP dan majlis penutup program pula telah disempurnakan oleh yang berusaha Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Rasidi Bin Ibrahim, timbalan dekan hal ehwal pelajar dan alumni FKMP. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program berlansung seperti Symposium of Integrated Engineering Design (SIED 2023), Graduate Employability talk, Entrepreneurship talk dan Engine Street Bazar.