Skip to main content
Salleh Food Industries

PROGRAM LAWATAN PENDEDAHAN INDUSTRI KE SALLEH FOOD INDUSTRIES SDN. BHD.

Program ini merupakan aktiviti lawatan industri ke SALLEH FOOD INDUSTRIES SDN BHD pada tarikh 07 November 2023 (9.00 pagi hingga 2.00 petang) untuk memenuhi keperluan kursus BDJ40403 (Process Safety Engineering) untuk menyelesaikan projek berasaskan masalah industri dan dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari didalam kelas. Pelajar juga akan memperolehi pengetahuan mengenai konsep keselamatan di lingkungan tempat kerja. Keputusan untuk melibatkan diri dalam inisiatif ini didasari oleh kesadaran akan kepentingan memahami dan mengaplikasikan prinsip-prinsip keselamatan di dunia industri sebenarnya. Melalui pelaksanaan program ini, pelajar tidak hanya diberikan kesempatan untuk menyaksikan, tetapi juga untuk memahami secara langsung bagaimana konsep keselamatan diterapkan dalam praktik sehari-hari di industri. 
 
Seramai 42 orang pelajar yang terlibat dan tiga orang staf pengiring iaitu Dr. Nor Mazlana Main, Dr. Norafzanizam Samiran dan En. Ahmad Fitri Mastor. Kesimpulannya, program ini telah berjaya mencapai objektifnya dan pelajar bakal menghantar laporan projek mengikut kumpulan kelas beserta pada minggu ke-12 kuliah.