Skip to main content

 CORROSION CAMP 2023 

CORROSION: A LIFETIME BATTLE! 

Program “Corrosion Camp” ialah program tahunan dibawah payung The Association for Materials Protection and Performance (AMPP) yang sebelum ini dikenali sebagai National Association of Corrosion Engineers (NACE International) menyediakan platform bagi profesional, penyelidik, dan pelajar untuk terlibat dalam perbincangan, perkongsian pengetahuan, dan pengalaman secara langsung berkaitan dengan kakisan.  

Program Corrosion Camp turut disertai juga oleh pelajar-pelajar dari seluruh institusi di Malaysia seperti UKM, UiTM, UTP dan universiti awam dan swasta yang lain. Dengan penyertaan dari pelbagai institusi ini, pelajar dapat berinteraksi dan berkongsi pengetahuan yang bukan sahaja dapat mengecilkan jurang dengan industri malah integrasi dikalangan pelajar boleh dipupuk. 

Seramai 30 orang pelajar tahun akhir yang mengambil kursus elektif Kakisan dan Pencegahan BDB 40403 telah mengikuti kem ini dengan diiringi 3 orang pensyarah, salah seorangnya adalah Ir Dr Sri Yulis M Amin, selaku penasihat program. Sebagai kesimpulan, Program ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam pendidikan, peningkatan kemahiran, perkongsian pengetahuan, dan memupuk peluang rangkaian sosial di kalangan peserta dalam bidang kakisan. Program ini telah memberi kesan positif kepada kemampuan peserta dalam mengatasi cabaran berkaitan dengan kakisan dalam bidang masing-masing dan menyumbang kepada revolusi peningkatan pengurusan kakisan.