Skip to main content

Majlis Flag Off Program Mobiliti Indonesia FKMP

Program yang dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UTHM, Y. Bhg. Prof. Sr. Ts. Dr. Hj. Lokman Hakim bin Hj Ismail ini adalah simbolik pelepasan kepada sejumlah 27 orang pelajar FKMP yang akan berlepas ke Surabaya dan Jogjakarta, Indonesia bagi program mobiliti outbound selama seminggu bermula 10 Disember hingga 17 Disember 2023. Turut hadir Dekan FKMP, Y. Bhg. Prof. Ts. Dr. Amir bin Khalid, Timbalan-timbalan Dekan FKMP, Penasihat Program, Pengiring dan pelajar-pelajar FKMP yang terlibat.