Skip to main content

Program Mobiliti Indonesia - POLINEMA

Kumpulan kedua seramai 18 orang pelajar FKMP diiringi dengan 2 orang pensyarah telah berlepas ke POLINEMA untuk program mobiliti outbound Indonesia. Selain POLINEMA, peserta juga berpeluang melawat beberapa universiti di sekitar daerah Malang dan Surabaya dalam rangka menjalin hubungan diplomatik dengan institusi berkenaan dalam bidang akademik, penyelidikan dan lain-lain.  Pelajar mengikuti kelas Pengujian Bahan dan menjalankan ujikaji di makmal secara berkumpulan. Manakala 2 orang pensyarah pengiring pula berpeluang menyampaikan syarahan jemputan di POLINEMA dan Universitas Malang. Kemuncak acara adalah lawatan ke pergunungan Bromo untuk menikmati pemandangan matahari terbit yang sangat memukau. Penutup acara dibuat di Desa Mitra POLINEMA, lokasi perkampungan CSR yang menempatkan pelbagai sumbangan dan teknologi rekaan kepada penduduk setempat. Peserta berpeluang mengikuti pelbagai aspek pertukaran budaya, makanan, bahasa, dari negara serumpun ini.